Agensi Pekerjaan Swasta MyPath S/B di lesen dengan Jabatan Tenaga kerja Semenanjung, Malaysia, Lesen No. - JTKSM 783A.

Agensi kita di bina khas untuk bekerjasama dengan majikan yang jujur, stabil dan boleh memberikan jawatan atau kerja yang ada masa depan atau boleh memupuk kerja ke arah kerjaya melalui Borneo programs. 

Borneo Program sudah tempatkan lebih 600 adik dari Sabah & Sarawak kepada majikan kita dalam 10 tahun ini.  Banyak sudah berjaya menjana pendapatan yang stabil dan ada yang berjaya mencari kerjaya mereka.

 

Kita ada 30 tahun pengalaman dalam hal sumber manusia dari Penstafan, Pembangunan pekerja (Teknikal & Insaniah), Gaji & Kebajikan, Admin, Kaunselling/Coaching, Kesihatan & Keselamatan, Perhubungan Industri dan Perhostelan.

Majikan yang ada minat program ini, akan kita pastikan juga mereka memenuhi syarat-syarat parternship (Kerjasama) kita supaya setiap program gaji dan kebajikan mesti ikuti Labor Law (piawaian kerajaan sumber manusia).

Bimbimgan dan sokongan kerjaya kepada setiap calon yang sertai program Borneo juga dilaksanakan.  


Objektif Program Borneo 

 

  • Membantu calon yang mencari pekerjaan TETAP & STABIL terus dengan 
         majikan .
  • Bina kerjaya sendiri supaya kehidupan di masa depan terjamin.
  • Membina eko kerjaya yang positif, maanfat sendiri, majikan, keluarga, komuniti dan negara.

 

Kenapa Reka Program ini?
 

Kita dapati banyak yang datang ke Semenanjung nak cari kerja, ada yang dapat pekerjaan/majikan yang baik, tapi ada banyak yang juga tidak dapat cari majikan yang sesuai dan pekerjaan yang baik, malah banyak kes-kes yang tidak baik terjadi.  Ada calon juga kerja tanpa dibayar kebajikan yang sepatutnya.

Kita juga percaya calon Borneo perlukan satu peluang dari majikan Semenanjung untuk memaparkan skill yang sedia ada.   Dengan Program ini, kita boleh jadi jambatan kepada dua pihak dan memastikan kedua-dua pihak tidak mengambil kesempatan keatas sesiapa supaya peluang yang adil diberikan kepada kedua-dua pihak mencuba kebolehan masing-masing.

Adakah Calon Perlu Bayar Yuran?
 

Tiada yuran yang di kenakan untuk masuk Program ini, cuma komitment dari calon yang yang mohon, mesti serius dan boleh kerja setahun dan lebih.  Kalau kerja part-time, kita tak galakan.   Calon juga mesti perolehi kebenaran dari keluarga untuk kerja jauh di Semenanjung dengan Program ini.

Asrama, Transpot kerja dan Ticket Kapal Terbang?

Hostel & Transport tiada potongan gaji.  Ticket kapal terbang akan di bantu.   Bulan pertama, jika calon ada masalah makanan juga akan di bantu dari MyPath.


Kenapa Merantau?  Dengar sharing dari adik yang sudah berjaya merantau kerja melalui Program Borneo MyPath.


Our Openings

31 Open Positions

Select location
1 location selected
locations selected